Thursday, July 17, 2008

Hari jadi aku adalah tanggal 25.02.1997.Hari jadi aku tahun ini adalah pada hari Ahad.Jadi kedua ibu bapa aku ingin menyambut hari tahun aku padi hari Sabtu dan tempatnya pula akan berada di Holiday Inn Hotel.Kami juga menjemput saudara maraku.Ibu ku membelikan aku sepasang anting-anting emas putih.Bapaku membelikan aku sepasang kasut merah.Kakak dan abang aku membelikan aku sebuah MP4.Aku amat gembira dan bersyukur.Saudara mara aku pula membelikan aku baju,jam tangan dan ada pula yang memberikan aku duit.Selepas itu pula kami memakan sebuah kek coklat yang sungguh besar dan enak!


4:40 AM
MUSIC FOR LIFE
+.+


Aku ingin menjadi seorang perniagaan maju seperti ibuku. Dia adalah inspirasi dalam hidupku.Sebenarnya cita-cita aku setiap tahun berubah.Waktu aku kecil dahulu aku ingin menjadi seorang polisi seperti abang aku.Apabila aku pergi ke darjah 2,aku ingin menjadi seorang guru.Pada darjah 3 pula aku ingin menjadi seorang doktor dan setelah aku pergi ke darjah 4 aku ingin menjadi seorang penguam.Tetapi sekarang waktu aku darjah 5, aku ingin menjadi seorang perniagaan yang maju seperti ibu aku.


12:56 AM
MUSIC FOR LIFE
+.+

Wednesday, July 16, 2008

Cuti sekolah yang paling lama adalah cuti sekolah Jun kerana ia adalah cuti sekolah 1 bulan.Apabila cuti sekolah Jun sudah tiba,aku dan keluarga akan menziarahi sedara aku di Alabama,Helena.Kami selalu pergi ke sana untuk 2 minggu dan selepas kami pulang aku akan menghabisi masa aku di rumah sedara aku.Kami selalu akan menghabisi masa kami keluar berjalan-jalan.Kadang kala pula aku akan pergi berjalan dengan kawan lama aku dan kawan baru aku.Cuti skolah bulan Jun adalah cuti sekola yang amat meriah!


11:03 PM
MUSIC FOR LIFE
+.+

Dalam keluarga aku ada lima orang.Bapa aku bernama Zaine bin Ali,ibu aku bernama Ruhana Bte Mansor,Kakak aku bernama Siti Mariana Bte Senin,Abang aku bernama Muhamad Yussof Bin Senin dan nama aku bernama Siti Rohaizah Bte Senin.Kami semua tinggal di Johor Baharu di Skudai tetapi kami adalah warga negara Singapura.Bapa aku kerja sebagai penggarah "Majalah Perkahwinan".ibuku adalah ketua di sebuah syarikat bernama Hi-Ace Contract Services Pte Ltd.Kakak aku berkerja dengan ibuku di syarikat itu.Abang aku masih berada di NS atau pun National Services.Aku pula masih darjah 5 dan bersekolah di Sekolah Rendah Si Ling.Aku amat gembira dan bersyukur kerana ada keluarga yang amat menyayangi aku.


10:44 PM
MUSIC FOR LIFE
+.+


Pada hari pertama aku tiba di St. John's Island aku rasa sangat gairah dan tidak sabar untuk mula aktiviti yang telah disediakan.Kami meletakkan beg kami di bilik yang kami.Kawan baikku Sha Sha ada sakit perut dia berkata seolah-olah ada jarum menusuk perutnya.Pada selepas itu kami berpisah dan harus pergi ke tempat kumpulan masin-masing.Kami membikin bendera bersama-sama dan selepas itu bermain permainan dengan guru kami.Pada malam tersebut kami bermain sebuah permainan bernama "Kidnap".Permainanya bermain begini,setiap guru dari setiap kumpulan akan memilih seorang ketua untuk diculik.Mereka diikat dan akan disimpan di sebuah pondok.Yang lain akan mencari ketua kumpulan.Setiap kumpulan harus memilih dua kunci dari 26 kotak.Jika kami memilih angka yang salah,kami harus memilih satu abjad dan kemudian guru akan memberikan tugas untuk kami.Kami harus membuat tugasan itu samai kami dapat angka yang betul.Selepas bermain "Kidnap",kami memakan makan malam dan pergi ke bilik masing-masing dan selepas itu tidur.


9:59 PM
MUSIC FOR LIFE
+.+

Sunday, July 13, 2008

Aku gembira kerana aku adalah warga negara Singapura.Negeriku sangat aman dan harmoni.Bulan itu bermakna bahawa Singapore ialah negeri Melayu,bintang-bintang itu bermakna kejujuran,keharmoni,keikhlasan,kebebasan dan kebaikkan.Aku rasa gembira sangat kerana menjadi warga negara Singapura.Aku juga menjaga nama baik negara dengan tidak membuang sampah sarap dan juga tidak mencaci negeri orang lain.


3:16 AM
MUSIC FOR LIFE
+.+

Saturday, July 12, 2008

Peristiwannya terjadi apabila hari pada Jumaat saya mahu turun dari ven sekolah untuk pergi ke dewan pelajar, apabila kaki kiri saya terpijak pada batu yang sangat tajam sampai ia tercucuk di daerah tumit saya.Darah menitis dalam kasut sekolah saya lalu air mata menitis perlahan-lahan ke pipi saya.Saya cuba menaik atas tangga walaupun dalam keadaan sakit macam gini.Saya memberiahu kedua rakan saya bernama Asyikeen dan Hamizah.Mereka ingat ada secalah sahaja tetapi apabila mereka lihat mereka terkejut dan manghantar saya ke bilik air untuk mencuci luka saya itu.Tetapi terlalu banyak darah mengalir di kak saya sampai-sampai mereka tidak tahu apa yang harus mereka lakukkan.Mereka menasihati saya agar pergi ke pejabat untuk mendapatkan rawatan.Rakan-rakan saya memberitahu bahawa kaki saya sedang berdarah tetapi kelihatannya guru-guru di situ tidak nampak jadi mereka tidak ambil terlalu berat sampai saya menunjukkan mereka lobang yang besar di tumit saya itu.Salah satu guru itu cuba membersihkan luka saya tetapi tidak boleh kerana terlalu banyak darah yang mengalir keluar.Guru itu dangan ringkas mengangkat telifon bimbitnya dan menelifon ambulans.Lima belas minit kemudian,ambulans pun sudah sampai.Mereka mengangkat saya dikatil yang telah disediakan di dalam ambulans itu sendiri.Saya sebenarnya gairah kerana baru pertama kali saya menaiki ambulans.Ia sangat seronok kerana ambulans itu telah dimandu dengan cepat oleh pemandunnya.Kami(saya,1 guru dan beberapa pengawai polisi) tiba di dastinasi kami 1 jam kemudian.Mereka meletak say di dalam satu bilik ini dan tanya saya banyak soalan.Kemudian mereka menelifon ibu dan mak cik saya dan memberitahu mereka bahawa doktor itu akan menjahit luka saya.Saya rasa takut.Saya dibaring di sebuah katil dan mereka menyuntik kaki saya untuk menahan lukannya jadi saya tidak akan sakit.Selepas mereka menjahit kaki saya,mereka membenarkan saya untuk balik bersama mak cik saya.


9:43 PM
MUSIC FOR LIFE
+.+

Aku ada kawan baik namanya Shuhadah.Alasan yang aku memilih dia kerana dia adalah kawan paling lucu dan sangat memahami orang.Kebanyakkan orang memanggil dia Sha Sha.aku baru tahun ini berkawan dengan dia.Kami bertemu bila kelas melayu dan apabila rakan-rakan yang lain aku suruh berkawan dengannya.Kami selalu membikin kerja rumah bersama-sama di perpustakaan dan apabila saya ada masalah yang sulit dia selalu cuba untuk menolong aku.Kadang kala,apabila aku tidak datang untuk ke sekolah,dia akan menelifon aku apa yang telah terjadi sampai aku tidak datang ke sekolah.


9:31 PM
MUSIC FOR LIFE
+.+


Kokurikular kegemaran aku ialah bola jaring.Aku sudah bermain bola jaring semenjak darjah 2 tetapi berhenti bermainnya pada darjah 3.Dan aku sambung bermainnya semasa aku darjah 4.Dahulu aku bersekolah di Sekolah Rendah Opera Estate jadi posisi bola jaringnya lain daripada sekolah baru saya ini kerana dahulu kami memakai angka dan sekarang kami memakai huruf.Saya amat keliru.Guru latih saya Cikgu Alisa amat memahami kesulitan aku.Aku pula tahun ini baru masuk Sekolah Rendah Si Ling.Aku juga tidak perlu risau kerana rakan-rakan aku selalu mengajar aku bagaimana caranya bermain bola jaring.


12:55 AM
MUSIC FOR LIFE
+.+

Wednesday, July 9, 2008

Aku suka makanan yang bergula walaupun aku tahu kalau saya makan terlalu banyak makanan yang bergula saya boleh menghidap penyakit kencing manis.Aku suka makanan seperti ais krim,donat dan banyak lagi.Tetapi makanan yang paling aku ialah "Nasi Ayam".Jika saya beli di kedai kopi saya akan meminta kurang minyak,tetapi aku lagi memilih untuk menyuruh pembantu rumah saya memasakkan "Nasi Ayam" kerana jika dia yang mamasak "Nasi Ayam",dia akan memasaknya menggunakan minyak yang kurang kolestrol.


9:02 PM
MUSIC FOR LIFE
+.+

MUSIC Lover
Dream Girl
Junyuan SEC
June girl
in <3 with MUSIC


THE Music F0llowers
NAME
NAME
NAME


Pass
July 2008

Taggy

tagboard here (;
CBOX

CREDITS
Image:Deviantart
Imagehost:ImageShack

Done on PAINT only